Kerjaya atlet Bonnie_Bunyau_Gustin

Pada Jun 2021, Bonnie berjaya mencatat rekod dunia seberat 230 kg dalam acara 72 kg lelaki di Kejuaraan Powerlifting Para Dunia 2021, Dubai.[1] Pada Ogos pula di Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 (Tokyo), Bonnie berjaya mencipta rekod Paralimpik seberat 228 kg lalu memenangi pingat emas powerlifting pertama buat Malaysia dalam Sukan Paralimpik. Selain itu, beliau juga diangkat sebagai pembawa bendera dalam upacara pembukaan temasya itu.[2]